Nama Terkait Dengan Amir Ahnaf, Angel Dolla Tampil Beri Penjelasan

Entertainment
15 Aug 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah seorang dari ahli kumpulan Dolla, iaitu Angel baru-baru ini terpalit dengan satu kontroversi melibatkan pelakon yang terkenal dengan watak Kahar iaitu Amir Ahnaf dengan seorang wanita di media sosial.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Angel tampil menjelaskan hubungan dia dan Amir Ahmaf hanyalah sebagai rakan industri dan mereka saling memberikan sokongan dengan pencapaian masing-masing.

image is not available

 

Tambah Angel, dia tidak pernah keluar berdua dengan Amir Ahnaf dan berharap agar peminat kumpulan Dolla yang dikenali sebagai iDollas tersebut tidak risau tentang keadaannya dan kontroversi tersebut.

“Angel minta maaf kalau ada apa-apa yang Angel buat salah”

Selain itu, Angel turut memohon maaf kepada iDollas kerana lewat mengeluarkan kenyataan dan memohon maaf kepada semua sekiranya beliau ada melakukan apa-apa kesalahan.

Kenyataan tersebut telah mencetus pelbagai reaksi peminat, malah tidak kurang juga yang kesal dengan sikap segelintir netizen yang terlalu cepat menghukum dan mengecam penyanyi kesayangan mereka tersebut.

image is not available

Memasuki ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan sokongan mereka kepada Angel selain ada juga yang berpendapat bahawa dia tidak perlu memohon maaf kerana dia tidak bersalah.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.