Nama Vivy Yusof ‘Dipetik’ Netizen Berkaitan Kes Cincin Berlian Bernilai Lebih RM3 Juta Hilang Dicuri

28 Dec 2023 • 2:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular satu laporan daripada akhbar Perancis mengenai cincin berlian milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa telah dicuri di sebuah hotel di Paris.

Menerusi berita berkenaan, ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet siapakah gerangan pemilik cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) yang berasal dari negara ini.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof ‘dipetik’ oleh warganet dan menyebabkan tersebar dakwaan berkenaan.

Bukan itu sahaja, seorang individu terus bertanya kepada Vivy sendiri di bahagian komen sama ada benar dakwaan tersebut.

Saya peminat awak. Saya tertanya-tanya, adakah awak mangsa kehilangan cincin bernilai 800 ribu USD di Paris.

image is not available

Dalam pada itu, Vivy Yusof tidak berdiam diri dan tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dengan memuat naik gambar serta memberikan responnya.

Vivy Yusof kat Penang ye, bukan Paris.

image is not available

Difahamkan, pihak hotel mewah di Paris menawarkan penginapan percuma selama tiga malam kepada usahawan wanita tersebut dan kemudian memaklumkan mereka menemui cincin berkenaan di dalam beg vacuum.

Terdahulu, usahawan terkenal, Vivy Yusof ditegur oleh netizen kerana berkongsi tutorial memakai shawl namun menampakkan lehernya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Haih netizen ni ada je tak puas hati kan? Dorang pun dah buat yang terbaik untuk mereka. Jangan lah batu api lagi #AlifTeega #AisyahHijanah #OhTrending

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media