Nampak Berisi, Hyuna Terus Berdiam Diri Dari Jawab Spekulasi Hamil

EntertainmentLifestyle
22 Jul 2025 • 10:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

HyunA tampil dengan aura lebih sihat dalam kemas kini terbarunya selepas berkahwin.

Pada 21 Julai, HyunA berkongsi beberapa foto kasual di media sosial yang menunjukkan dirinya sedang berehat di rumah tanpa sebarang kapsyen. Mengenakan top tanpa lengan dan seluar pendek, HyunA dengan yakin menonjolkan kaki panjang ikoniknya serta gaya fesyen berani yang menjadi identitinya walaupun ketika bersantai.

Sebelum ini, penayanyi itu mencetuskan khabar angin kehamilan selepas memuat naik gambar roti berbentuk kasut bayi di media sosial. Walaupun dia tidak memberikan penjelasan secara langsung, ramai yang menganggap komen “diet adalah jawapannya” sebagai penafian secara tidak langsung terhadap spekulasi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

HyunA mendirikan rumah tangga dengan bekas ahli kumpulan Highlight dan juga penerbit, Yong Jun-hyung, pada Oktober tahun lalu. Sejak itu, para peminat menyedari penampilannya yang semakin berseri dan gaya fesyennya yang masih mengekalkan ciri berani termasuk di rumah barunya sebagai isteri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article