Nampak kacak! Sharifah Rose idam lelaki aktif bersukan, tak mahu bertubuh sasa

EntertainmentLifestyle
7 Feb 2025 • 10:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktres jelita, Sharifah Rose idam lelaki aktif bersukan dan menjalani kehidupan yang sihat ketika ditanya mengenai ciri-ciri idamannya.

Pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata, jika ada mana-mana lelaki mahu mendampingi dirinya, seseorang itu haruslah aktif bersukan.

image is not available

Menurut aktres berusia 27 tahun itu, lelaki yang aktif bersukan ternyata nampak kacak sekiranya dilihat dari jauh.

“Betul saya sukakan lelaki yang aktif dalam sukan. Lelaki yang bersukan ini mempunyai tubuh yang fit. Barulah nampak handsome kalau tengok dari jauh.
“Tak mahulah lelaki yang tak jaga badan, nanti perut dia boroi macam mana? Kita mengandung, dia pun ‘mengandung’ juga,” katanya.

Sharifah Rose idam lelaki aktif bersukan

Pun begitu, anak sulung daripada dua beradik ini akan cuba mengelak daripada lelaki bertubuh sasa yang disifatkan panas baran bagi dirinya.

“Biasanya lelaki yang bertubuh sasa ini mesti panas baran. Saya pula sejenis yang lemah lembut. Nanti siapa pula nak pujuk saya,” katanya berseloroh.

image is not available

Tambah Sharifah Rose, dia juga sangat menitikbe­ratkan soal adab dan tata susila dalam soal me­netapkan kriteria lelaki idaman hati.

“Saya suka lelaki yang bertanggungjawab rajin dan be­kerja keras. Dia mestilah seorang yang lemah lembut dan menghormati orang tua. ‘Family man’ lah orang kata,” ujar Sharifah Rose.

image is not available

Terdahulu, Sharifah Rose kerap menjadi perhatian ramai selepas dilihat sering keluar dan berkongsi momen di media sosial bersama aktor Ezzrin Loy.

Bagaimanapun, Ezzrin atau nama sebenarnya, Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri memberitahu mereka belum mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar)