“Nampak Kekwat Dua-Dua” – Nad Zainal Dan Ungku Ismail Dikritik Tak Mesra Ketika Disapa

11 Apr 2023 • 11:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nad zainal

Dah lumrah menjadi seorang selebriti, setiap tindak tanduk pasti menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam.

Seperti video tular di TikTok ini, netizen mendakwa pasangan selebriti Nad Zainal dan Ungku Ismail memberi reaksi tak mesra ketika berada di ekspo raya di Putrajaya.

Dah sihat tengok Nad Zainal

Menerusi video pendek itu, Nad Zainal dipercayai ditegur oleh seorang penjaga booth. Namun, pelakon itu hanya mengangkat tangan manakala suaminya yang berada di belakang langsung tak beri respon.

Mungkin mereka tak perasan kot kan? Di ruangan komen, netizen mula mempersoalkan perkara itu memandangkan Nad Zainal dan Ungku Ismail pelakon popular.

image is not available

image is not available

Februari lalu, seorang peminat meluahkan rasa kecewa mendakwa Nad Zainal bersikap sombong apabila tak melayan lambaian ketika bertemu di sebuah pusat kelengkapan rumah.

Nad membalas dia langsung tak nampak peminat tersebut dan meminta maaf.

Kredit: Xtra | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.