“Nampak Kelakar..” – Netizen Kritik Penampilan Park Seojoon Dalam ‘The Marvels’

6 Nov 2023 • 12:13 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tak lama lagi, park Seo-joon akan debut di Hollywood menerusi filem “The Marvels”!

Menerusi video trailer yang dilancarkan, peminat rata-rata teruja melihat Park Seo-joon namun, sedikit kecewa melihat penampilan lelaki itu untuk wataknya sebagai Putera Yan.

Untuk pengetahuan, Putera Yan adalah seorang ketua di planet muzik di mana semua orang menyanyi dan berkomunikasi.

Khususnya, netizen tidak begitu ‘senang’ dengan tengkolok yang dipakai Park Seo-joon dengan dua sayap besar melebar dari kedua-dua belah kepalanya.

Meskipun wajah kacaknya tetap terselah tetapi ada yang merasakan bahawa mahkota di atas kepalanya adalah seperti versi lucu mahkota emas era Silla Korea.

Antara komen yang ditulis,

Walaupun dengan gaya seperti itu, dia tetap nampak kacak. Itu bermakna, Park Seo-joon memang kacak.

 

Saya rasa ianya tidak begitu pelik. Ia hanya kerana kita sudah biasa melihatnya dalam drama rom-kom.

 

Saya rasa kualitinya tidak baik. Untuk pakaian, mereka boleh menjadikannya kelihatan lebih mewah.

 

Dia nampak kelakar.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.