“Nampak kosong jiwanya” – Wajah Sebak & Sugul, Netizen Doakan Tun Mahathir

28 Sep 2026 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 28T174655.523

Negara hari ini berkabung atas pemergian Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, yang disahkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun pagi tadi.

Mengikut pengesahan daripada ahli keluarga, Allahyarhamah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.20 pagi. Pemergian sosok hebat ini meninggalkan sejuta kenangan abadi di hati seluruh rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan: “Kalah atau menang, Tun sentiasa ada” – Lee Chong Wei Titip Luahan Pilu, Kenang Kasih Sayang Tun Hasmah

View on Threads

 

Tular satu video suami kepada Allahyarhamah, Tun Dr. Mahathir Mohamed dilihat sugul dan seakan tidak dapat menahan sebak ketika berada di samping jenazah insan yang menjadi peneman setia hidupnya selama puluhan tahun.

Momen menyayat hati itu memperlihatkan sisi ketabahan seorang negarawan ulung yang akhirnya tewas dengan ujian perpisahan abadi bersama ‘bidadari’ kesayangannya. Pasangan ini yang sentiasa kelihatan mesra dan saling melengkapi sepanjang era kepimpinan negara kini terpisah jua oleh takdir Ilahi.

Video berkenaan telah meraih ribuan tontonan dalam masa singkat dan dibanjiri ribuan ucapan takziah serta doa daripada warga maya yang turut merasai kepedihan dan kesedihan yang ditanggung oleh Tun M.

cats 22

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah bukan sahaja satu kehilangan besar buat Tun M dan keluarga, malah meninggalkan kesan mendalam di hati seluruh rakyat yang mengagumi kebijaksanaan serta jasa beliau kepada negara.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved