“Nampak lain terus” – Transformasi Wanita Ini Sebelum Dan Selepas Mekap Buat Ramai Terkejut

Entertainment
20 Aug 2023 • 2:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mekap dan kaum wanita memang tak dapat dipisahkan sebab mekap boleh membantu meningkatkan keyakinan seseorang individu itu untuk berdepan dengan orang ramai sebab wajah akan tampak lebih cantik dan berseri.

Transformasi wajah seorang wanita ini selepas dia bersolek pula telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial kerana wajahnya selepas mekap tampak berbeza daripada mukanya tanpa solekan.

image is not available

Wanita itu tular kerana dia berkongsikan video dirinya sedang bersolek sambil berjalan dan menunggu tren di stesen kereta api! Power betul sambil berjalan pun mekap tetap on point!

Dalam video yang berdurasi selama seminit itu, dapat dilihat wanita berkenaan turut memakai kanta lekap dan rambut palsu untuk meningkatkan lagi seri wajahnya.

Transformasi wajahnya itu sangat cantik sehingga ada yang berpendapat wajahnya selepas mekap dikatakan hampir sama seperti artis K-Pop.

image is not available

Walaupun ada lelaki yang kata pemakaian mekap ini macam menipu, namun pendapat itu dibidas oleh wanita-wanita di luar sana kerana menurut kaum Hawa, buat apa pakai mekap kalau wajah sebelum dan selepas bersolek sama sahaja.

Betul jugak tu kan, dah beli produk mekap mahal-mahal, mestilah nak nampak cantik dari wajah kita yang sebelum pakai mekap kan.

Apa-apa pun, biarlah orang nak pakai apa pun, janji dorang happy kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.