“Nampak Liar..” – Badan Dipenuhi Tatu, Gambar Terkini Han Sohee Jadi Bualan Ramai

Entertainment
8 Jun 2024 • 1:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Hantaran terkini Han So-hee telah mendapat perhatian ramai.

Han So-hee telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun media sosialnya. Di mana, hantaran tersebut kemudiannya telah menjadi bualan ramai netizen.

Dengan hanya memakai baju bertali nipis dan berkaca mata, jelas kelihatan beberapa tatu menghiasi bahagian atas tubuh badannya, terutamanya di bahagian dada dan lengan.

Terlebih dahulu, Han So-hee pernah mengakui bahawa dia telah membuang semua tatu di tubuhnya disebabkan oleh kerjayanya sebagai pelakon.

Walau bagaimanapun, kini pelakon itu dilihat sering menggunakan pelekat tatu di tubuhnya sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Han So-hee ingin kembali semula ke penampilan bertatu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Komen netizen,

  • Nampak liar..
  • Dia nak tambah tatu lagi ke?
  • Macam tak sesuai dengan wajahnya..
  • Dia kelihatan semakin berani..
  • Cantiknya..

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.