Nampak Macam Di UK, Pusat Sukan Komuniti Di Sibu Jaya Ini Buat Netizen Teruja

9 Dec 2022 • 2:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Reka bentuk bangunan yang minimalistik dan modern, menarik perhatian netizen.

Nampak Macam Di UK, Pusat Sukan Komuniti Di Sibu Jaya Ini Buat Netizen Teruja. Para peminat sukan, anda pastinya tidak mahu ketinggalan untuk mencuba sebuah pusat sukan di Sibujaya ini.

Dengan seni binanya yang mengagumkan dan cantik seolah-olah nampak berada di UK, ketahui pusat sukan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim (Azman Hashim Community Sports Centre) yang terletak di Sibu.

image is not available
Nampak Macam Di UK, Pusat Sukan Komuniti Di Sibu Jaya Ini Buat Netizen Teruja. Kredit: FB Belinda Yong

Menjadi mercu tanda baharu yang menghiasi latar langit Sibu Jaya

Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim ini merupakan sebuah kompleks sukan yang telah menjadi mercu tanda baharu yang menghiasi latar langit Sibu Jaya. Pusat sukan ini mempunyai pelbagai fungsi dengan reka bentuk moden dan dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan terkini.

Dengan seni bina ala-ala di UK, tempat ini telah menjadi tumpuan netizen akan rekaannya yang modern dan futuristik. Menariknya, ia juga dihiasi dengan karakter bermotifkan pua kumbu untuk mengekalkan kebudayaan Sarawak. Best kan?

image is not available
Kredit: FB Budi Ariyadi

Lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk aktiviti bersukan

Di sini mempunyai padang bola sepak dan trek olahraga luar 8 lorong yang lengkap dengan tempat duduk berbumbung yang selesa untuk penonton.

Tambahan pula, sini juga mempunyai stadium tertutup serbaguna yang boleh menempatkan pelbagai aktiviti sukan daripada bola keranjang, futsal, bola tampar dan badminton sehinggalah kepada pertemuan gimnastik.

image is not available
Kredit: FB Budi Ariyadi

Korang nak ambik gambar fefeeling estetik pun boleh ke siniimage is not available Yelah, memandangkan sekarang musim graduasi. Kalau upah fotographer untuk bergambar kat sini mesti meletops punya!

Lokasi: 6XQ8+HX Azman Hashim Community Sports Centre, Sibu Jaya, 96000 Sibu, Sarawak >>google.map

image is not available
Kredit: FB Budi Ariyadi