“Yang Tak Tahu Terus Menghukum” – Nukilan Isi Hati Ibu Syifa Melvin Buat Netizen Sebak

7 Dec 2022 • 10:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sekitar seminggu yang lalu telah berlangsungnya perkahwinan di antara pempengaruh, Syifa Melvin bersama pemain bintang bola sepak JDT, Safawi Rasid.

Di sebalik kegembiraan yang mereka raikan itu, timbul pula berita kurang enak selepas segelintir warganet dilihat mencela perkahwinan merpati dua sejoli itu.

Nukilan hati si ibu pada kad kahwin Syifa dan Safawi

Terbaru, Syifa yang juga adik kepada pelakon, Syatilla Melvin memuat naik satu nukilan yang sangat menyentuh hati ditulis oleh ibunya, Robiah Rahman.

Ku coretkan tinta ini sempena hari bahagiamu, untuk kamu-kamu kesayanganku.

Debar bahagia seorang ibu, bila tiba waktu Sang Arjuna melamar Sang Ratu menjadi suri.

Insya-Allah sampai habis putaran waktu, sebak melepasmu namun dalam resut.

Nukilan tersebut merupakan luahan hati ibunya yang sentiasa bersama Syifa sepanjang kisah percintaannya dengan Safawi meskipun mendapat celaan dan kecaman warganet.

Jenuh harungi buih-buih derita, jenuh dengar orang mengata, tetapi tidak apa Allah ada bersama kita.

Yang tak tahu terus menghukum, namun kita gagahi untuk terus tersenyum. Jenuh pekakkan telinga dari mendengar segala cerca.

Kadang terfikir juga, apakah kalian tiada hak untuk bahagia?

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak membaca nukilan yang dikongsikan Syifa itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram Syifa Melvin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media