Nampak Makin Kurus & Cengkung, Dafi Tegaskan Amal Diet Seimbang & Tiada Sebarang Penyakit

Entertainment
2 Oct 2024 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas peserta Akademi Fantasia, Dafi telah mengundang rasa bimbang orang ramai dengan penampilan terkini yang dilihat lebih kurus dan cengkung.

Menerusi satu video temubual bersama Gempak, Dafi menepis dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang sakit. Katanya, badannya semakin menyusut kerana mengawal pengambilan pemakanan harian.

“Kita gemuk salah, kurus pun salah. Sebenarnya saya ada release lagu baru bulan Ogos lepas, jadi saya kenalah nampak fit sedikit dan presentable itu sahaja.”

“Terima kasih kepada yang concern. Alhamdulillah, saya sihat. Saya tak sakit pun. Tak perlulah fikir bukan-bukan.”

Malah, Dafi juga menegaskan bahawa sebenarnya dia dah mula susut sejak menjalani filem Malbatt.

@astrogempak

GempakNews:Tampil dengan sosok tubuh yang semakin cengkung dan pucat, penyanyi dan pelakon Dafi Ismail menafikan dirinya kini sedang sakit. Klik berita penuh di bawah

♬ original sound – Gempak – Gempak

“Bukan baru saya kurus, selepas itu saya memang mencuba sehabis baik untuk terus kekal kurus.”

Di samping itu, Dafi akan melihat perubahan berat badannya berpandukan saiz seluar yang dipakai. Malah, berat badannya ini bermusim.

“Berat saya ini memang bermusim. Ada masa saya akan bersungguh-sungguh jaga makan. Jadi itu yang menyebabkan saya nampak kurus sangat. Tapi saya ok, saya gembira dengan apa saya buat.”

Dalam perkembangan lain, Gempak melaprkan bahawa Dafi sedang mempromosikan lagu terbaharunya iaitu Hellooo! gubahan Shazee Ishak dan lirik oleh Altimet.

Sumber : Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.