Nampak ‘moody’ dalam TV, netizen persoal Syasya Dolla – “Lapar ke?”

Music
16 Aug 2023 • 2:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila tular sebuah video di TikTok memaparkan dia sedang ditemubual di sebuah program bual bicara baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh peminat @kyoru1207, kumpulan tersebut diundang untuk menjadi tetamu bagi program Wanita Hari Ini yang disiarkan secara langsung di TV3 untuk mempromosikan lagu terbaru berjudul Damelo.

@kyoru1207

Replying to @sm0lril dolla dollaofficial damelo foryoupage foryou fyp

♬ original sound – –

Melihat di ruangan komen, ramai menyedari mimik muka yang ditunjukkan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal tidak gembira atau ‘moody’ apabila ditemu bual oleh pengacara.

Dia kan jenis bangun lambat

image is not available

Syasya baru bangun tidur ke?

image is not available

Lapar kot?

image is not available

Walau bagaimanapun, punca sebenar Syasya menunjukkan mimik muka tersebut tidak dapat dikenalpasti selain pemilik akaun TikTok itu juga tidak menjawab sebarang persoalan yang timbul dalam kalangan peminat.

Terdahulu, memetik laporan Utusan, penyanyi berusia 22 tahun itu didakwa pernah membuat reaksi muka yang kurang menyenangkan susulan kontroversi mengambil minuman keras ketika berhibur di sebuah kelab malam

Sumber: TikTok @Kyoru1207, Utusan Malaysia (Cik Bunga)