“Nampak Pakaian Dalamnya” – Penampilan Seksi Han Sohee Di Paris Jadi Bualan

23 Jan 2024 • 2:14 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja berbakat besar, malah Han So-hee turut memiliki visual yang dikagumi ramai wanita di luar sana.

Bahkan kecantikan wanita itu turut terserlah indah ketika berada di acara jenama kecantikan DIOR yang berlangsung di Paris baru-baru ini.

Meskipun dikelilingi oleh ramai selebriti barat, Han So-hee tetap berdiri tinggi di samping mereka dengan gaun labuh berwarna hitam selain sempat menyapa peminat yang menantikannya di luar acara.

Melihatkan kecantikan Han So-hee, rata-rata netizen nyata tidak mampu menyembunyikan rasa kagum dengan penampilan seksinya. Walaupun ‘see-through’, namun sebenarnya wanita itu menyarungkan innerwear berwarna hitam.

Tak pernah tak cantik ya Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.