
Merupakan idola berbakat, Jennie BLACKPINK juga turut diminati oleh ramai selebriti!
Baru-baru ini, Han So-hee telah tiba di Paris, untuk menghadiri pertunjukan fesyen bagi jenama mewah Dior.
Setibanya di negara itu, wanita tersebut disambut meriah peminat sehingga ada yang setia menunggunya di depan hotel.
Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, Han So-hee juga mesra berinteraksi dengan peminat, seperti berborak, menerima hadiah dan pelbagai lagi.
@jikijabe Gemes bgt dia milih PCnya Jen Next kasi dia Kolbuk #Jennie #hansohee ♬ original sound –
Menerusi salah satu video yang dikongsi, ada juga peminat yang mengeluarkan beberapa kad foto Jennie dan meminta Han So-hee untuk memilih mana-mana yang dia mahu.
Kelihatan teruja dan gembira, wanita itu telah memilih kad foto Jennie dari album “Kill This Love”.
Khususnya sebelum ini, pelakon “Gyeongseong Creature” itu pernah meluahkan bahawa dia adalah peminat BLACKPINK dan ahli kegemarannya adalah Jennie.
Comel sangat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Orang Cantik Suka Orang Cantik” – Pilih Kad Foto Jennie BP, Reaksi Comel & ‘Excited’ Han Sohee Raih Perhatian first appeared on KimchiDaily.my.



