“Nampak penat sangat masa live” – Netizen ‘Sound’ Pak Mat Western, Didakwa ‘Tunggang’ Populariti Kak Cik Yah

Entertainment
17 Mar 2025 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang yang kerap scroll TikTok, korang pasti sedar dengan populariti drastik yang dikecapi TikToker Kak Cik Yah hingga ramai yang memintanya untuk berkolaborasi dengan jenama Pak Mat Western.

Bagaimanapun, kerjasama mereka telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana jenama itu dianggap terlalu kuat ‘menunggang’ populariti TikToker yang berusia seperti Kak Cik Yah.

Menurut netizen di X, Kak Cik Yah kelihatan kepenatan ketika melakukan sesi live dan ini menyebabkan ramai netizen meminta Pak Mat Western untuk berhenti ‘menunggang’ populariti warga emas itu sebaliknya mencari mana-mana pempengaruh dan artis lain yang jauh lebih muda dan bertenaga.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat pengguna akaun X ini dan ada juga yang mengatakan Pak Mat Western bertindak sebegitu atas saranan warganet juga.

image is not available image is not available image is not available

Apapun, kami harap Kak Cik Yah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.