“Nampak real!” – Netizen Kagum Pemuda Lukis 3 Bangunan Ikonik Malaysia Atas Kain Songket

Entertainment
30 Aug 2024 • 2:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang perasan, debaran sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini semakin terasa lebih-lebih lagi banyak kisah dan video persiapan hari istimewa ini tular di media sosial.

Salah satunya adalah seorang pemuda di TikTok @wisy_lukis yang menyerlahkan kreativitinya melukis gambar tiga bangunan terkenal dan bersejarah di Malaysia di atas kain songket.

Guna kain songket baju Melayu

Menerusi video yang dimuat naik, pemuda tersebut menggunting terlebih dahulu kain songket tenun mengikut ukuran bingkai gambar.

Tanpa melakar terlebih dahulu, dia terus mengecat kain songket itu menggunakan warna putih sehingga membentuk tiga bangunan ikonik Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta bangunan Sultan Abdul Samad yang bertempat di hadapan Dataran Merdeka.

Di atas warna putih bagi setiap bangunan itu, dia mula melukis dengan lebih teliti bentuk dan lakaran sebelum mengecatnya menggunakan warna sebenar bangunan-bangunan tersebut.

Setiap inci dalam lukisan bangunan itu dicat dengan teliti dan halus serta mengenakan tona warna yang tepat. Bagi menaikkan lagi seri gambar tiga bangunan itu, dia melukis dan mewarnakan detail bangunan menggunakan pen berwarna hitam.

Setelah siap, pemuda itu memasukkan songket tersebut ke dalam satu bingkai gambar dan mengambil gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas.

@wisy_lukis

untuk sambutan kemerdekaan kalini, aku lukis bangunan-bangunan ikonik kat Malaysia atas sampin ni! Selamat Hari Merdeka semua! #merdeka #malaysia #art

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Kreatifnya!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat hasil lukisan tersebut kerana ia dilukis di atas kain songket.

image is not available

Selain itu, ada yang mencadangkan supaya lukisan itu dihadiahkan kepada Bapa Permodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

image is not available

Cantiknya! Kagum min tengok orang kreatif macam ni!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article