“Nampak Sama Saja..” – Lakonan Han Sunhwa Dalam ‘My Sweet Mobster’ Dikritik

Entertainment
5 Jul 2024 • 9:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bagi pelakon, bukan senang nak bawa personaliti berbeza bagi setiap watak dalam drama berbeza.

Terbaru, lakonan Han Sun-hwa yang sedang membintangi drama romantik “My Sweet Mobster” telah menjadi topik perbualan hangat.

Selepas berjaya membawa watak sebagai seorang yang peramah dan riang dalam “Work Later, Drink Now” sebelum ini, pelakon itu dikatakan membawa karakter yang sama dalam naskhah terbarunya ini.

Malah babaknya mabuk dalam “My Sweet Mobster” kelihatan seakan-akan sama sahaja lakonannya seperti dalam “Work Later, Drink Now” sebelum ini.

image is not available

Walau bagaimanapun, kelemahan itu berjaya ditutupi oleh penampilan unik Uhm Tae-goo kerana watak gangster yang lembut dan lemah berhadapan dengan cinta pertamanya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.