Bukan Di Korea, Kim Jisoo Kembali Berlakon Selepas 3 Tahun Dalam Drama Ini

Entertainment
30 Jun 2024 • 2:58 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lama menyepi selepas terpalit kes buli, Kim Ji-soo nampaknya telah kembali dalam industri lakonan.

Terbaru, Kim Ji-soo telah disahkan akan muncul dalam drama Filipina berjudul “Black Rider”, yang diterajui Ruru Madrid dan Yassi Pressman.

Menurut sumber, lelaki itu dijangka akan memainkan watak sebagai salah seorang protagonis dalam siri tersebut.

Untuk pengetahuan, ini merupakan penampilan pertama Kim Ji-soo sebagai pelakon, 3 tahun selepas terpalit kes buli pada 2021 yang lalu. Tambahan, ini juga kali pertama lelaki itu muncul dalam drama Filipina.

Siapa yang rindukan Ji-soo tu, jangan lupa tonton “Black Rider”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.