“Nampak Semua Lekuk-Lekuk” – Kongsi Video Di IG, Netizen Tegur Baju ‘Ikan Laga’ Neelofa Nampak Bentuk Badan

5 Nov 2022 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Episod program bual bicara Next to Neelofa yang kini sudah musim kedua meraih perhatian netizen baru-baru ini ketika menampilkan artis jemputan, Mira Filzah.

Ia menjadi bualan hangat netizen selepas kedua-dua selebriti tersebut menggayakan gaun berwarna merah dan biru membuatkan netizen berkata ia persis ‘ikan laga’.

Neelofa ada memuat naik video sekitar penggambaran episod tersebut di mana isteri kepada PU Riz itu dilihat berjalan turun dari kereta menuju ke rumah Mira Filzah.

Bagaimanapun, klip tersebut mengundang komen lain pula apabila netizen berpendapat gaun digayakan Neelofa tidak sesuai dengan imejnya yang berniqab.

Sesetengah netizen menyuarakan pendapat mereka bahawa pakaian tersebut menampakkan lekuk tubuh ibu kepada Bilal itu jadi ia tidak manis dipandang.

image is not available

Menurut netizen, ia mungkin disebabkan oleh jenis kain lembut atau satin di mana seperti kita ketahui fabrik sebegitu akan ‘melekat’ dan mengikut bentuk badan.

Neelofa bagaimanapun telah memadam klip rakaman tersebut daripada Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

“Percaya Sangat Produk Artis Ni” - Wanita Kata Jus Detox Neelofa Berkesan, Ramai Netizen Dakwa ‘Overclaim’?