
Jangan confuse lagi!
Nampak Serupa, Ini Cara Bezakan Daun Ketumbar Dan Daun Sup. Bagi mereka yang kurang mahir membezakan kedua-dua tumbuhan ini, mereka mungkin tidak akan menyedari perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar kerana rupanya yang hampir sama.
Walaupun persamaan mereka, kedua-duanya sebenarnya menghasilkan rasa yang berbeza dalam masakan. Berikut adalah cara untuk membezakan daun ketumbar dan daun sup.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi fizikal dan bau
Kebiasaannya, daun sup digunakan untuk meningkatkan rasa dan tekstur, agak manis, berserat dan hampir sama dengan rasa daun pasli.
Bagi daun ketumbar pula, ia diketahui mempunyai perisa sitrus dan juga rasa sedikit pedas.
Untuk pengetahuan anda, daun sup selalunya dilabel sebagai ‘celery’ atau ‘Chinese celery’ di pasaran. Manakala daun ketumbar dilabel sebagai ‘coriander leaves’.
Akar yang berbeza
Perbezaan utama yang jelas antara kedua-dua ini ialah akar mereka: daun sup mempunyai akar yang agak kecil dan berserabut manakala daun ketumbar mempunyai akar yang lebih besar dan ada ciri akar tunjang.


Kebiasaannya, akar pokok ketumbar lebih dipilih untuk digunakan dalam masakan seperti tomyam berbanding akar daun sup.
Bau berlainan
Cara lain untuk membezakan keduanya ialah bau – daun sup dikatakan berbau lebih wangi dan lembut.
Bagi daun ketumbar pula, ia lebih berbau sitrus dan dikatakan berbau ‘menyegarkan’; oleh itu mengapa ia memberikan rasa lebih sitrus dan sedikit pedas dalam masakan.
Bentuk batang dan daun
Walaupun bentuk fizikalnya serupa, daun daun sup lebih lebar dan batangnya lebih panjang.
Sebaliknya, daun daun ketumbar lebih kecil dan batangnya lebih pendek.

Semoga tips ini dapat membantu anda dan tidak salah beli di pasaraya!


