“Nampak Sweet, Tapi Bahaya”, Pernah ‘Date’ Kaki Maki Dan Pukul, Shila Amzah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Panas Baran

Music
3 Aug 2022 • 9:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah membuka ruang untuk peminat berinteraksi dengannya berkenaan apa sahaja termasuk perihal peribadi di Instagram Stories.

Oleh kerana itu, seorang peminat bertanyakan kepada Shila tentang ciri-ciri lelaki yang dianggap ‘red flag‘ dalam menjalani perhubungan.

image is not available

Shila Amzah, atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, lantas menjawab soalan itu dengan menyatakan dia tidak suka dengan lelaki yang panas baran, kaki maki dan pukul serta yang tidak mempunyai ‘common sense‘.

Selain itu, seorang lagi peminat bersetuju dengan kenyataan daripada penyanyi tersebut kerana menganggap lelaki yang suka memaki hamun dan pukul sangat menakutkan.

image is not available

Shila juga menyatakan bahawa dia pernah bercinta dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut dan selalunya jejaka seperti itu biasanya nampak romantik dari segi luaran namun tidak seperti yang disangka.

Ada juga yang bertanyakan pendapat Shila sama ada lelaki pada awalnya hanya berlakon baik dan sweet , tetapi berubah setelah lama kenal antara satu sama lain.

image is not available

Menjawab kepada persoalan itu, Shila menerangkan perkara seperti itu tidak mengira jantina, tetapi setiap perhubungan memerlukan kerjasama antara dua pihak bagi menghidupkan perasaan antara satu sama lain.

Penyanyi itu turut mengeluarkan kenyataan mencari seseorang yang faham sesama sendiri adalah sangat susah untuk dicari.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.