
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa pendakwaan yang dikenakan terhadapnya bakal menjejaskan peluangnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Dalam pada itu, Sanusi turut mengatakan bahawa pendakwaan itu berlaku terlalu cepat dengan hanya tiga hari siasatan.
”Saya diambil pagi tadi tanpa sebarang notis dan saya mengetahui dakwaan itu menerusi laporan media.”
”Saya sudah maklum bahawa saya akan hadir ke mahkamah pagi ini namun tetap ditahan untuk siasatan.”
“Saya beri kerjasama sepenuhnya. Waktu tangkapan, ada siasatan kes lagi berkaitan ucapan saya di tempat lain juga.”

Malah beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak tidak boleh mengulas kes tersebut, bahkan beliau juga mendakwa bahawa suaranya disekat, lapor Kosmo!
“Nampaknya di Malaysia ini tuan-tuan, kita tak boleh cakap apa-apa. Bercakap di medan politik biasanya diselesaikan secara politik, dengan hujah-hujah.”
“Tapi di Malaysia, kita ada kerajaan yang takut. Dia guna agensi untuk sekat suara kita.”
“Nampaknya ini tindakan ahli politik bankrap, guna pihak berkuasa untuk sekat kemaraan rakyat. Saya harap ia petanda mereka sebenarnya sedang ketakutan.”
Sebelum ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi telah ditahan untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

