Nancy: KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan

15 Dec 2023 • 6:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata pihaknya mempunyai kaunselor sekiranya khidmat itu diperlukan oleh keluarga Zayn Rayyan.

“Kita dimaklumkan buat masa ini pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut maka belum lagi ada kaunselor (yang datang kepada mereka) melainkan pihak keluarga ada minta (kita boleh) beri kaunseling,” katanya selepas menghadiri Program Memacu Kehidupan Krismas 2023 di sini, hari ini.

Nancy berkata buat masa ini juga pihak KPWKM tidak boleh turun ke lokasi kejadian sehingga proses siasatan selesai.

“Tidak dibenarkan (turun ke lokasi kejadian), difahamkan ada beberapa perkara yang belum dimuktamadkan polis. Kita tunggu selesai dulu penyiasatan sebelum kita ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. -Bernama