Kanak-kanak lakon semula aksi lihat Zayn Rayyan sebelum hilang

15 Dec 2023 • 4:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai pada Jumaat.

PETALING JAYA - Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Jumaat.

Kanak-kanak berkenaan melakonkan aksi berkenaan dengan dibantu anggota serta pegawai Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Kanak-kanak itu difahamkan melihat Zayn Rayyan lima jam sebelum mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Difahamkan, lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa untuk mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor berkata, kedua kanak-kanak itu merupakan individu yang dipercayai ternampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Idaman, 5 Disember lalu.

Kedua-dua mereka dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran baru-baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved