Nando’s Tawarkan Ayam Percuma Untuk Pelajar SPM 2024, Yang Gagal Subjek Pun Tak Terkecuali

LocalSales & Promo
22 Apr 2025 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sama ada anda cemerlang dengan deretan A atau sekadar lulus dengan penuh gaya, Nando’s menerusi satu hantaran di Instagram berhasrat untuk meraikan pencapaian anda dengan “you made it!” treat yang sedap!

Difahamkan, setiap pelajar yang hadir bersama slip keputusan SPM 2024 secara fizikal layak menerima 1/4 ayam PERi-PERi percuma daripada Nando’s.

Yang paling penting, anda lulus cemerlang atau dapat ‘G’ pun tak kisah!

Tawaran ini sah untuk satu hari sahaja iaitu pada Khamis, 24 April di semua cawangan Nando’s seluruh negara.

Terma dan syarat:

1. Hanya slip keputusan SPM 2024 dalam bentuk fizikal yang diterima

2. Hanya 1 penebusan ayam suku percuma bagi setiap slip

3. Promosi ini sah untuk makan di restoran sahaja (dine-in)

4.Siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada

Nak pergi? Jangan lupa bawa slip keputusan ya!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Mudah Dan Murah, Netizen Indonesia Luah Rasa Kagum Dengan Sistem Pemilikan Kenderaan Di Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved