“Jutawan sepatutnya menderma” – Netizen Pertikai Pasangan Pempengaruh Buat Event Kutip Derma

Entertainment
21 Apr 2025 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook kini sedang menarik tumpuan netizen berkaitan dengan tindakan pasangan pempengaruh yang dikatakan bakal menganjurkan sambutan hari raya.

Difahamkan, pasangan pempengaruh itu menganjurkan sambutan hari raya bersama anak yatim, pelajar tahfiz dan asnaf. Malah mereka juga dikatakan membuka ruang kepada orang awam yang ingin melakukan infaq dan salurkan sumbangan tersebut kepada satu akaun peribadi.

Bagaimanapun, timbul kemusykilan buat pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aliff Ahmad ini. Baginya, sebagai individu yang bergelar jutawan, sepatutnya orang inilah yang menghulurkan derma, bukan mengutip derma dari orang ramai.

image is not available

“Ada orang “tag” aku. Terkejut aku tengok pasangan yang tular dengan menunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka buat hantaran untuk mengutip derma. Siap letak nombor akaun sendiri lagi.

“Korang rasa-rasalah, adakah ini perangai orang kaya ini sepatutnya lakukan? Bukan sepatutnya dia tulis,

“Siapa nak duit raya, tinggalkan nombor akaun anda!”

Kenyataan tersebut dilihat telah membuatkan ramai netizen turut meragui cara pasangan ini. Ada di antara mereka menyatakan bahawa adalah lebih baik jika sumbangan tersebut diberikan secara terus kepada rumah anak yatim atau tahfiz tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Hurm, mungkin dia betul-betul nak bantu kita raih pahala kot, jadi orang tengah untuk salurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.