“Nanti Malam New Year Lagi Teruk” – Ramai Kecewa Lihat KL Kotor Pada Malam Ambang Perayaan

26 Dec 2025 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap malam sebelum hari perayaan seperti Hari Krismas, Tahun Baru mahupun Hari Kebangsaan, orang ramai pasti berkumpul bagi acara ‘countdown’ memasuki jam 12 tengah malam.

Acara sebegini juga banyak diadakan di tengah bandar raya termasuk di Kuala Lumpur, sehingga menyebabkan keadaan sesak dengan pengunjung.

Malangnya masih terdapat banyak individu yang bersikap sambil lewa dan membuang sampah di merata tempat ketika ambang perayaan dan pada hari perayaan itu sendiri di ibu kota.

Baca Artikel Berkaitan: “Sebaknya Hati” – Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Pelupusan Sampah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Masih Minda Kelas Ketiga”- DBKL Kecewa Banyak Sampah Di Jalan Lepas Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Pandangan Yang Menjengkelkan!” – KLCC Dibanjiri Sampah Sarap, Rakyat Msia Mulai Berang

DBKL Kongsi Imej Kawasan Bukit Bintang Penuh Sampah-Sarap Malam Perayaan

Itulah seperti yang dapat disaksikan dalam satu hantaran Facebook oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dikongsi, kelihatan jalan raya dan laluan pejalan kaki di sekitar kawasan Bukit Bintang dipenuhi sampah-sarap pada tengah malam Hari Krismas, semalam (25 Disember 2025).

Boleh dilihat kebanyakan sisa yang dibuang merupakan tin yang dipercayai penyembur buih (foam) yang sering digunakan ketika malam ambang perayaan.

DBKL turut berkongsi imej petugas yang sedang membersihkan lokasi tersebut dan jalan yang telah bebas daripada sampah-sarap.

“Kerja-kerja pembersihan turut dilaksanakan di kawasan pusat bandar bagi memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih, teratur dan selesa untuk semua.

“Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan kebersihan dan imej bandar raya,” katanya.

DBKL Tegaskan Orang Ramai Agar Menjaga Kebersihan Bandar

Walaupun sampah-sarap telah dibersihkan sepenuhnya, DBKL tetap mengingatkan orang ramai tentang tanggungjawab sosial bagi memastikan kawasan kota raya kekal bersih.

“Walaupun orang ramai meraikan suasana malam perayaan, tanggungjawab menjaga kebersihan tetap perlu diutamakan. Elakkan membuang sampah sesuka hati, gunakan tong sampah yang disediakan dan pelihara ruang awam yang kita kongsi bersama.

“Sikap bertanggungjawab setiap individu akan memberi kesan besar kepada kebersihan bandar,” katanya.

Ramai Kecawa Dengan Tindakan Individu Buang Sampah Merata-Rata

Melihat keadaan di Bukit Bintang yang kotor itu sememangnya membuatkan ramai berasa berang dan kecewa dengan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab, sehingga menggelarkan masyarakat sebagai mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Ada yang berpendapat masalah sedemikian pasti timbul setiap kali hari perayaan, lebih-lebih lagi malam sebelum tahun baharu.

“DBKL dah boleh ready lagi. Dah nak masuk tahun baru, lagi kaw-kaw nanti,” kata seorang warganet.

Seorang individu pula berkata perkara itu berlaku disebabkan oleh golongan yang menjual tin semburan buih secara haram di sekitar lokasi terbabit.

Di samping itu, segelintir pengguna media sosial merasakan masalah sampah dibuang di merata-rata tempat tidak akan terjadi sekiranya terdapat tong sampah yang mencukupi disediakan.

“Nanti kalau malam perayaan apa pun, cuba letak tong sampah hijau besar gedabak tu. Kalau dah standby pun tak lut, memang tak guna yang buang merata tu,” kata seorang individu.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Buang Sampah Di Tempat Awam Boleh Dikenakan Denda Hingga RM2,000 Bermula 1 Jan

Sehubungan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, turut menegaskan rakyat agar tidak membuang sampah merata-rata dan memalukan negara.

“Sekarang dah abad ke-21, tiada sebab untuk sesiapa sengaja buang sampah di tempat awam. Sangat memalukan melihat tindakan yang amat tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahkan kerajaan apabila undang-undang baharu dilaksanakan bermula 1 Januari 2026, iaitu tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang membuang sampah di tempat awam termasuk denda sehingga RM2,000.

“Selain denda, hukuman tambahan, iaitu Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam dalam tempoh enam bulan juga akan diberi,” katanya dipetik Bernama.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Lihat Pantai Di Cherating Dipenuhi Sampah Lampu Lantera [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Lebih Bersih Dari Indonesia?”- Konten Mat Salleh Tentang Isu Sampah Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Luah Rasa Kecewa, Persoal Sikap Segelintir Warga Kelantan Buang Sampah Merata [Video]