Napoli harapkan magis De Bruyne

Football
9 Sep 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Napoli harapkan magis De Bruyne

ROM: Arsenal perlu berwaspada terhadap kemungkinan penampilan Kevin De Bruyne bersama Napoli ketika kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Napoli akan menerima kunjungan Arsenal di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi esok, dengan pengendali Massimiliano Allegri mempertimbangkan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama.

De Bruyne berpeluang diturunkan menggantikan Antonio Vergara ketika Napoli mahu bangkit selepas tewas kepada Inter Milan di San Siro.

Arsenal mempunyai rekod istimewa buat De Bruyne apabila The Gunners menjadi pasukan yang paling banyak dibolosi pemain Belgium itu sepanjang kariernya.

Selepas bertahun-tahun berdepan Arsenal di Liga Perdana Inggeris (EPL), De Bruyne cukup mengenali kelemahan pasukan utara London itu dengan lapan gol dalam 22 penampilan menentang mereka.

Rekod itu adalah jaringan terbanyaknya berdepan mana-mana lawan, selain terbabit secara langsung dalam 12 gol sepanjang 17 penampilan terakhir sebagai pemain utama menentang Arsenal.

De Bruyne yang menghampiri penampilan ke-83 dalam UCL  juga boleh menjadi sandaran penting buat Rasmus Hojlund, selepas dia mencipta kedua-dua bantuan gol ketika penyerang itu meledak dua kali menentang Sporting CP.

Berdepan Arsenal, kemampuan De Bruyne mencari ruang, melakukan hantaran terakhir dan mencipta peluang boleh menjadi senjata penting Napoli untuk mencipta kejutan.- AGENSI

The post Napoli harapkan magis De Bruyne appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved