Nas Daily Dikecam Selepas Bangga Israel Serang Negara Islam

WorldPolitics
5 Mar 2026 • 6:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh terkenal, Nas Daily sekali lagi jadi bualan hangat di media sosial selepas satu kenyataannya di platform X mengundang pelbagai reaksi. Ramai pengguna internet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang dianggap sensitif dalam situasi konflik semasa di Timur Tengah.

Isu ini tercetus apabila Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin menyatakan dirinya tetap bangga menjadi rakyat Israel walaupun negara itu berdepan kecaman antarabangsa. Kenyataan tersebut segera mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Kenyataan Nas Daily cetus kecaman ramai

image is not available

Dalam hantaran tersebut, Nas Daily menegaskan bahawa dia tidak terkesan dengan pelbagai kritikan yang ditujukan kepada Israel. Malah dia menyatakan kebanggaannya terhadap negara itu walaupun menerima tekanan dari pelbagai pihak.

Proud to be Israeli despite global backlash, UN resolutions, academic pressure and online hate. Israel is cleansing the Middle East from radical religious terrorists.- Katanya.

Kenyataan tersebut segera mendapat pelbagai reaksi kerana dianggap menyokong tindakan ketenteraan Israel di rantau berkenaan.

Netizen persoal kenyataan ketika konflik memuncak

image is not available

Di ruangan balasan, ramai pengguna media sosial tampil mempersoalkan kenyataan Nas Daily. Ada yang berpendapat kenyataan itu tidak sensitif terhadap penderitaan orang awam yang terkesan akibat konflik berpanjangan di Timur Tengah.

Perdebatan juga semakin hangat apabila sebahagian netizen mendakwa kenyataan tersebut seolah mempertahankan naratif yang sering digunakan oleh kerajaan Israel dalam menggambarkan konflik tersebut.

image is not available

Pssttt! Macam manalah orang macam lahanat anak dajal ni boleh terlepas masuk negara kita Malaysia. Doakan agar Allah turunkan bala sahaja dekat orang-orang yang menyokong tindakan Yahudi ni.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Nas Daily Dikecam Selepas Bangga Israel Serang Negara Islam appeared first on Oh! Media.