
Vlogger Nas Daily menerima kecaman di media sosial selepas memuat naik kenyataan di platform X yang menyatakan dirinya “bangga menjadi rakyat Israel” ketika konflik di Timur Tengah terus memuncak.
Dalam hantaran tersebut, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin menegaskan bahawa dia tetap berbangga dengan Israel walaupun berdepan kecaman global, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tekanan akademik dan kritikan dalam talian.
Kenyataan itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial kerana dibuat ketika ketegangan di Timur Tengah semakin meningkat melibatkan beberapa pihak di rantau tersebut.
Baca juga:
Iran sedia hadapi perang berpanjangan, bakal perkenal senjata baharu
Nas Daily dikecam selepas muat naik kenyataan sokong Israel
Iran dedah tahu lokasi Netanyahu, dakwa Trump ‘diperalatkan’

Kenyataan tentang ‘membersihkan Timur Tengah’ cetus kontroversi
Dalam hantaran sama, Nas Daily turut menulis bahawa Israel sedang “membersihkan Timur Tengah daripada pengganas agama radikal”, kenyataan yang segera mencetuskan pelbagai reaksi.
Ramai pengguna media sosial menyifatkan kenyataan itu sebagai sokongan terhadap tindakan ketenteraan Israel di rantau tersebut, selain mempertahankan naratif yang sering digunakan oleh kerajaan Israel dalam menggambarkan konflik di Timur Tengah.
Dalam ruangan balasan, sebahagian pengguna turut mempersoalkan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sensitif terhadap penderitaan orang awam yang terkesan akibat konflik berpanjangan di rantau itu.
The post Nas Daily dikecam selepas muat naik kenyataan sokong Israel appeared first on The Reporter.

