Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”

21 May 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Nas Mummar Zar berkongsi pengalaman ketika menjalani sesi uji bakat untuk filem supehero ikonik negara, Keluang Man.
 

Lakukan empat emosi spontan makan burger

 


Menurut Nas, sesi uji bakat itu terdiri daripada empat fasa dan fasa pertama adalah untuk melakonkan satu babak dengan empat emosi berserta dialog sendiri.


 


“Proses uji bakat mengambil masa sebulan, merangkumi empat fasa. Fasa pertama adalah menghantar video berdurasi 3 minit, perkenalkan diri sendiri dan bagi empat emosi bersama dengan dialog sendiri.


 


“Masa itu bila saya nak buat video tersebut saya baru sahaja baik daripada Influenza, jadi saya fikir apa dialog yang terbaik untuk bagi emosi yang boleh dikatakan dapat mencuri perhatian produser dan pengarah.


 

“Jadi masa itu saya tengah lapar sebab baru baik demam, jadi saya fikir cakap nak makan burger lah, kita tengok macam mana.
 
“Jadi saya buatlah emosi makan burger dalam bentuk marah, gembira, sedih dan terkejut, kemudian terus hantar. 

 


“Lepas seminggu saya terkejut sebab mereka hubungi saya, maknanya berjayalah saya punya idea tu dan dapat masuk fasa kedua,” katanya kepada Gempak.


 


Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.


 


Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.


 


Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan pada Sabtu selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial. 


 


Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.


 

View Original Article