NASA Menyasarkan Angkasawan Menetap Di Bulan Menjelang 2030

WorldTechnologyDigitalSpace
21 Nov 2022 • 10:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

NASA telah pun melancarkan misi baharu dalam menjelajah Bulan baru-baru ini, dan kini mengikut jadual mereka yang menyasarkan angkawasan boleh menetap dan bekerja dari bulan menjelang 2030 kelak.

Dengan beroperasi dari Bulan, ia dijangka menjadi salah satu pusat operasi angkasa yang menghubungkan manusia ke Bumi dan kajian angkasa.

image is not available

Misi Artemis yang dilancarkan baru-baru ini akan mengkaji pelbagai permukaan Bulan – selain turut menguji keupayaan teknikal untuk ke Bulan.

Selain misi Artemis 1 yang telah dilancarkan ini, NASA turut menyasarkan misi Artemis 2 dan juga 3 menjelang seawal 2023 kelak, dengan membawa manusia.

Selain NASA, sebelum ini turut telah dinyatakan Rusia dan China turut akan membina markas di permukaan Bulan tidak lama lagi.