Jerebu: Dua lagi kawasan catat IPU tahap bahaya selepas Serian - APIMS

LocalEnvironment
30 Aug 2026 • 1:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Dua lagi kawasan catat IPU tahap bahaya selepas Serian - APIMS
Matahari kelihatan suram diselubungi jerebu tebal menerusi satu pemandangan yang dirakamkan di sekitar Serian pada Ahad. - FOTO: Bernama

KUCHING - Kawasan Serian, Samarahan dan Kuching mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari pada Ahad. 

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).

Selain itu, Sri Aman merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu 228.

Kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula, antaranya Sarikei (197), Sibu (190), Bintulu (183), Mukah (176), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (159) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (156).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved