Jualan nasi ayam dihasilkan usahawan, Datin Noor Kartini yang berharga RM26 sebekas terus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Menerusi temu bual bersama Nona, Noor Kartini meluahkan rasa syukur apabila hidangan tersebut mula mendapat perhatian ramai selepas tular di media sosial.
“Ada orang kata, ‘kenapa masih nak jual nasi ayam? Esok-esok keluar kereta baharu, pergi haji balik harilah.’”
“Janganlah fitnah begitu. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat, selepas RM26 nasi ayam saya tular, nama nasi ayam meledak sekarang.”
Menurut Noor Kartini, perhatian yang diterima itu secara tidak langsung turut memberi kesan positif kepada peniaga nasi ayam lain di seluruh negara.
“Orang-orang dari luar Kuala Lumpur dan yang jauh, apabila mereka teringin nak makan nasi ayam, mereka akan pergi ke kedai. Seperti di Kelantan, Johor, Melaka dan sebagainya.”
“Jadi, Alhamdulillah nama nasi ayam dah jadi satu fenomena. Disebabkan RM26, kalau saya buat RM8, siapa yang nak kisah?”
Tambahnya, dia turut gembira apabila penularan nasi ayam tersebut membuka peluang kepada peniaga lain untuk memperluaskan perniagaan masing-masing.
View this post on Instagram
“Saya pun gembira sebab sekarang peniaga-peniaga nasi ayam boleh kembangkan lagi perniagaan mereka dan makin maju serta berkat. InsyaAllah dapat membantu kewangan keluarga.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan berpendapat kontroversi itu sedikit sebanyak membangkitkan semula keinginan orang ramai untuk membeli nasi ayam daripada peniaga tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

"Ada Juga Yang Kata Tak Sedap.." - Nasi Ayam Mama Tini Jadi 'Viral', Neelofa Tidak Kisah Kritikan Pembeli
The post “Nasi Ayam Mama Dah Jadi Fenomena, Kalau Jual Harga RM8 Siapa Nak Kisah?” – Noor Kartini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






