“Nasi Goreng Tadi Nak Dekat RM100?!” – Nilai Ringgit Malaysia Rendah, Awal Ashaari Akui ‘Berkira’ Di Itali

6 Sep 2023 • 2:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pengacara popular Awal Ashaari meluahkan rasa kesal di platform Threads mengenai nilai mata wang Malaysia yang sangat rendah.

Kata Awal yang kini sedang berada di negara Italy bersama isteri, Scha Al-Yahya, akui berkira apabila berkaitan dengan duit.

image is not available

Beli nasi goreng dua pun dah Euro18 nasi goreng tadi nak dekat RM100?

Menurut pengacara itu, mereka tidak membeli-belah kerana sudah banyak menghabiskan duit untuk perbelanjaan sepanjang di sana.

Meninjau di ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka seteruk itu nilai mata wang Ringgit Malaysia sekarang ini.

image is not available 3 weeks ago

"Takut Tak Mampu, Kos Mahal.." - Cukup Dua Orang Anak, Scha Dan Awal Ashaari Tak Mahu Anak Terabai