Nasi Kandar Lauk Babi Bebas Dihidang & Dijual Pada Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

1 Nov 2023 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ni, memang viral mengenai isu nasi kandar yang berlaukkan daging khinzir di sebuah kedai makanan. Disebabkan tu, ia meraih pelbagai reaksi netizen yang mengatakan nasi itu tidak boleh disajikan sekali dengan lauk itu.

Namun begitu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor telah keluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa nasi kandar berlaukkan babi bebas dihidangkan oleh orang bukan Islam dan dijual pada masyarakat non-Muslim.

image is not available

Tambahnya lagi, premis yang menjual makanan tak halal perlulah memaparkan notis dan iklan yang memberitahu pelanggan tentang status makanan di kedai.

“Tetapi mana-mana premis yang menjual makanan sedemikian (tidak halal) hendaklah memaparkan iklan atau notis memaklumkan status makanan tersebut supaya tidak dimakan oleh penganut Islam.”

Katanya lagi, pihak penguatkuasaan agama mestilah melakukan tugas dengan mengarahkan kedai-kedai berkenaan supaya berbuat demikian.

image is not available

 

 

Pada masa yang sama, Wan Salim berkata bahawa larangan bagi Muslim memakan daging khinzir serta benda-benda kotor dan jijik telah jelas dinyatakan dalam Islam. Sementara itu, dia juga berkata yang sejenis cacing bernama “treichine” telah ditemui dalam daging khinzir.

Jika tidak dibuang secara betul, ia boleh datangkan jangkitan Trichinosis yang amat bahaya pada kesihatan manusia. Oleh itu, dia mencadangkan orang Islam supaya sentiasa menjauhi perkara yang jelas dilarang dalam agama.

“Cacing ini amat berbahaya terhadap kesihatan manusia dan menyebabkan penyakit yang sukar diubati. Bagi seorang Muslim, apa jua yang dilarang oleh agama Islam hendaklah dihindari sama ada diketahui sebab ia dilarang atau tidak.

Jadi, korang yang Muslim kenalah berhati-hati dalam soal makan dan minum sebab dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan. Okay?

Sumber: malaysiakini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.