
Menu nasi kandar seharusnya digazetkan sebagai makanan warisan negara, sama seperti nasi dagang, teh tarik, serta roti canai.
Penganjur bersama Nasi Kandaq Fest 2.0, Adly Rizal berkata, tindakan ini perlu dilakukan segera sebelum pihak lain menuntut menjadikan juadah itu sebagai masakan warisan negara mereka.
“Macam mana pun, nasi kandar memang datang dari Malaysia, dan di Hameediyah lah dia punya original.
“Tapi saya amat berbangga kerana makanan nasi kandar ini so good, orang lain boleh claim, orang lain boleh kata best.
“Bukan kita kata nasi kandar sahaja, banyak makanan kita orang lain claim.
"Sebab apa kami buat festival dengan Sunway Putra Mall, kami nak tunjuk kepada rakyat Malaysia, nasi kandar patut jadi warisan dan kita buktikan ke dunia, ini milik kita,” katanya.
Adly berkata demikian ketika ditemui media selepas pelancaran Nasi Kandaq Fest 2.0 di Sunway Putra Mall, pada Sabtu.
BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef Indonesia Dilabel Tidak Hormat Makanan Tradisional
Hormat juadah
“Sebab kita berjiran, kita hormat menghormati, betul ke kita pernah makan nasi kandaq ada pasir? Atau ini hanya satu media play? Kita pun tak tahu.


