Nasi Lemak Dengan Lauk Durian, Buat Netizen Keliru Dan Muak

21 Sep 2023 • 5:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen muak lihat menu baharu iaitu nasi lemak campur dengan durian

Nasi Lemak Dengan Lauk Durian, Buat Netizen Keliru Dan Muak. Baru-baru ini, sebuah restoran telah menjadi bualan ramai di media sosial kerana menawarkan hidangan yang agak ‘pelik’ dan kontroversi, iaitu nasi lemak berlaukkan buah durian.

Menerusi perkongsian di laman TikTok ‘KLFoodie’, restoran yang dinamakan sebagai ‘In Between X Briyani Mak’ itu menyajikan pelbagai hidangan.

image is not available
Sumber: tiktok

Menurut sumber, antara hidangannya adalah nasi lemak, ayam masak merah (ayam saus merah), ayam masak masala (ayam saus masala) dan nasi briyani.

Hidangan nasi lemak lauk durian meraih perhatian ramai

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah menu utama nasi lemak yang berlauk dengan durian. Bahkan, dipercayai pelanggan boleh memilih jenis durian seperti Musang King, Blackthorn, atau banyak lagi.

Rakaman video yang dikongsi oleh KLFoodie itu menjadi tular, malah pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

image is not available
Sumber: tiktok

Segelintir pengguna media sosial merasakan hidangan tersebut rasa muak dan ada juga yang menyatakan bahawa menu berkenaan adalah hidangan yang biasa sahaja.

Memodifikasi hidangan menjadi ‘unik’

Dalam pada itu, ada juga yang turut mempersoalkan mengapa tuan kedai memperbaharui atau memodifikasi hidangan nasi lemak dan dicampurkan dengan hidangan yang aneh.

@kl.foodie

Spotted Nasi Lemak Durian in KL In Between x Briyani Mak @ Jalan Titiwangsa, KL

♬ Say So (Instrumental Version) [Originally Performed by Doja Cat] – Elliot Van Coup

Sementara itu, segelintir pengguna TikTok menyatakan bahawa hidangan nasi lemak semakin rosak sekarang kerana hidangan yang agak ‘unik’ itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: