Susulan kritikan Cheff Zam terhadap nasi lemak yang dihidangkan berasingan dengan sambal, pihak pengurusan Restoran Bungkus Kaw Kaw menerima kritikan secara terbuka.
Menerusi kenyataan di Facebook, Bungkus Kaw Kaw turut menjelaskan menu-menu nasi lemak yang dihidangkan mempunyai rasa dan sambal yang berbeza.
Jelasnya, sebagai contoh nasi lemak original dihidangkan bersama sambal nasi lemak, nasi lemak ayam merah disertakan dengan sambal masak merah, nasi lemak petai udang pula dihidangkan bersama dengan sambal petai.
Dan nasi lemak rendang ayam seperti yang dipesan oleh Cheff Zam dihidangkan dengan kuah rendang.

Susulan pelbagai kritikan yang diterima juga, pihak Bungkus Kaw Kaw berlapang dada dan mengambil maklum mengenai isu tular tersebut serta akan membuat penambahbaikan dengan kadar segera.
“Kami menerima komen daripada beliau (Chef Zam) dengan hati yang terbuka dan penambahbaikan segera dilaksanakan pada menu nasi lemak rendang ayam.
“Oleh itu, kami akan menghidangkan nasi lemak rendang ayam bersama dengan sambal nasi lemak beserta kuah rendang.
Dalam pada itu, Bungkus Kaw Kaw juga menjawab persoalan netizen mengenai status halal. Katanya, pihak mereka masih dalam proses persediaan bagi permohonan Sijil Halal Malaysia.

“Namun, ramuan dan bahan mentah yang dibekalkan oleh dapur berpusat (Central kitchen) ke outlet jenama Bungkus Kaw Kaw telah dipersijilkan halal,” katanya.
The post ‘Nasi lemak rendang ayam kami tidak dihidang bersama sambal’ appeared first on The Reporter.

