“Nasi Lemak Tu Mak Pak Yang Makan” – Shakilla Khoriri Luah Pendapat Mengenai Makanan RMT Sekolah, Perlu Penambahbaikan

LocalFood
13 May 2026 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Shakilla Khoriri berpendapat para guru perlu memahami perubahan selera kanak-kanak zaman sekarang yang menurutnya tidak lagi sama seperti generasi terdahulu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shakilla berkata nasi lemak mungkin menjadi kegemaran orang dewasa, namun tidak semestinya menjadi makanan pilihan kanak-kanak.

Advertisement

image is not available

“Tak semua budak makan nasi lemak cikgu. Dulu kita bolehlah sumbat nasi lemak pagi-pagi sampai bulat.

Nasi lemak tu mak pak yang makan tak kira waktu.”

Shakilla berkata demikian selepas membaca luahan seorang guru yang meluahkan rasa kecewa apabila ayam goreng lebih digemari murid Rancangan Makanan Tambahan berbanding nasi lemak.

Dalam masa sama, Shakilla turut mencadangkan beberapa menu ringkas yang mungkin lebih dekat dengan selera kanak-kanak masa kini.

“Cuba kaji, kebanyakan anak-anak sekarang makan apa.

Nasi goreng butter telur ada ayam sikit atau macaroni telur ayam sikit.”

Bagaimanapun, perkongsian Shakilla itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, dengan masing-masing berkongsi pandangan berbeza mengenai menu makanan murid sekolah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-05-13 13:58:09

Zul Ariffin Ditegur PHM Isu Rokok, Netizen Anggap Respon Teguran Sebagai Kurang Sensitif

The post “Nasi Lemak Tu Mak Pak Yang Makan” – Shakilla Khoriri Luah Pendapat Mengenai Makanan RMT Sekolah, Perlu Penambahbaikan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved