'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 12:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Syed Saddiq (dua dari kiri) kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: 'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Syed Saddiq dan ahli keluarga melakukan sujud syukur kerana lepas serta bebas daripada sebarang sabitan. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: 'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Syed Saddiq menyifatkan Bella sebagai wanita yang tetap setia mengharungi ujian bersama-sama meskipun ketika tempoh perkenalan, dirinya sudah pun berdepan kes mahkamah. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: 'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Syed Saddiq (kanan) ketika sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Persekutuan pada Isnin. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: 'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Syed Saddiq mencium tangan bapanya. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: 'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Sharifah Mahani memeluk erat anaknya, Syed Saddiq di pekarangan mahkamah pada Isnin. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA - 'Nasi minyak is coming soon!'

Demikian reaksi teruja abang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah apabila Ahli Parlimen Muar itu kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin.

Syed Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena 'Space Dollah' berkata demikian ketika ditanya pengamal media di pekarangan Istana Kehakiman.

**media[3580818]**

Syed Saddiq, 34, menerima sorakan gemuruh daripada ahli keluarga dan sahabat yang hadir menyokong beliau.

Situasi di pekarangan kompleks mahkamah bertambah sebak apabila bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dan ahli keluarga melakukan sujud syukur kerana lepas serta bebas daripada sebarang sabitan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh

'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas

**media[3580695]**

Syed Saddiq, 34, dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar dilepas dan dibebaskan.

**media[3580819]**

Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati Syed Saddiq bersalah.

Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

**media[3580820]**

Keputusan tersebut menoktahkan perjuangan undang-undang ahli politik muda tersebut yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu, selain mengubah sama sekali haluan kehidupan dan masa depan politiknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved