Nasib 69 lantikan Bersatu Kelantan belum pasti

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nasib 69 lantikan Bersatu Kelantan belum pasti
Kamarudin (kiri) bersama sebahagian kepimpinan Bersatu semasa sidang akhbar di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Nasib 45 penghulu tanpa mukim dan 24 ahli majlis daerah di Kelantan yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum diketahui susulan tiada sebarang keputusan berhubung penyambungan lantikan mereka setakat ini.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau juga belum menerima sebarang makluman mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai seorang penghulu tanpa mukim, menjadikan keseluruhan 45 orang bagi 45 DUN di negeri ini.

Ujarnya, selain itu terdapat 24 ahli majlis daerah yang turut menjadi perhatian berhubung status penyambungan lantikan masing-masing.

"Tak ada (makluman) lagi. Saya pun tidak mahu menggalakkan mereka tidak disambung, cuma tidak tahu nasib lagi.

"Kalau boleh, sambunglah kerana kita mahu berkhidmat," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.

Terdahulu media malaporkan pada 8 Jun lalu, Pas mengumumkan keputusan untuk menamatkan semua kerjasama politik dengan Bersatu susulan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Kamarudin sah digugurkan sebagai Exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved