Nasib Baik Perasan! Ibu Terkejut Lihat Anak Sedang Kunyah Makanan Kucing

Entertainment
3 May 2024 • 5:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh Tiktok Indonesia, Puan Cici menjadi sorotan netizen selepas dia memuat naik satu video menunjukkan anaknya sedang mengunyah makanan kucing ketika berada di halaman rumah mereka baru-baru ini.

Menerusi satu video di Tiktok, Puan Cici memuat naik video berdurasi 38 saat di akaun miliknya @cicichania96 memaparkan dia pada mulanya tidak menyedari anaknya yang berusia dalam lingkungan setahun itu sedang mengunyah makanan kucing.

image is not available

Foto: Tangkapan Layar TT @cicichania96

“Apa kamu makan, buka. Buka. Arghhhhhh makanan kucing. Di mana kamu dapat,” katanya.

Dia kemudian memasukkan jari ke dalam mulut anaknya yang bernama Farel itu dan mengeluarkan cebisan makanan kucing tersebut kemudian mendorongkan air minuman.

Puan Cici juga sering memuat naik video anaknya beserta kucing-kucing peliharaannnya yang dikenali sebagai Pororo, Pak Tua, Ponorogo dan banyak lagi sehingga meraih banyak perhatian daripada netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran video yang dibuat Puan Cici dan meninggalkan maklum balas positif selain memberitahu bahawa anak-anak mereka juga suka memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut.

Bertabahlah..

image is not available

Sama macam anak aku!

image is not available

Anakku makan telur cicak

image is not available

Selain itu, terdapat juga netizen yang memberitahu tabiat anak suka memasukkan objek ke dalam mulut sehingga menimbulkan kerisauan mereka.

Risau!

image is not available

Anak saya hampir tertelan duit syiling..

image is not available

Bahaya ke?

image is not available

Untuk makluman, menurut pakar mengenai tabiat memasukkan barang atau objek ke dalam mulut adalah normal dan perkara ini dilakukan oleh kebanyakan bayi untuk memuaskan rasa ingin tahunya.

Namun ibu bapa perlulah sentiasa memerhatikan barang apa yang dipegang anak-anak mereka agar tidak berlaku perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepada bayi.

Sumber: TikTok (cicichania96)