“Nasib baik tak kena orang” – Batu Konkrit LRT 3 Tiba-tiba Jatuh Atas Pasar Borong

14 Aug 2022 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan satu kejadian batu konkrit dari landasan LRT 3 yang sedang dibina telah terjatuh menimpa pasar borong awal pagi tadi.

image is not available
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

image is not available
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

image is not available
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, sebahagian kepingan simen telah jatuh di atas kanopi kedai pasar borong sehingga menyebabkan khemah peniaga terkoyak.

Menurut MPK, batu konkrit itu didapati terjatuh ketika kerja-kerja ‘hacking’ sedang dijalankan oleh pemaju LRT 3, Emrail Sdn. Bhd. Pihak MPK telah mengarahkan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan kawasan itu dihentikan serta-merta. Arahan itu turut diberikan kepada peniaga pasar borong yang terlibat di lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

image is not available
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

image is not available
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dari insiden itu.

image is not available
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

Menerusi hantaran di Facebook Majlis Perbandaran Klang, beberapa keping gambar telah dimuatnaik dan kelihatan sebuah lubang besar dibawah binaan landasan tersebut yang dipercayai merupakan sebahagian batu konkrit yang terjatuh. Turut kelihatan, bumbung kanvas yang terkoyak akibat ditimpa batu dan bongkah batu yang mendarat tepat di atas selonggok sayur jualan peniaga pasar borong.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.