“Nasib baik takde orang kat seat sebelah”- Cermin Kereta Tertusuk Besi Yang Melayang Dari Lori Depan

Entertainment
15 Jan 2023 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini kecoh di Twitter tentang kejadian cermin depan sebuah kereta yang tertusuk besi yang melayang dari lori depan ketika di lebuh raya.

Video ketika kejadian telah sempat dirakam oleh dashcam kereta tersebut dan ramai yang menyifatkan kejadian itu seperti adegan dalam filem Final Destination.

Kejadian tersebut telah dikongsikan di Twitter menerusi akaun Isu Semasa Viral.

Dapat dilihat dalam video rakaman dashcam yang berdurasi 16 saat tersebut bahawa kereta itu sedang memandu di lebuh raya.

Ketika pemanduan, tiba-tiba batang besi dari sebuah lori melayang dan menusuk cermin depan di bahagian kiri kereta itu.

image is not available

Nasib baik tiada penumpang di seat sebelah kiri kerana berkenaan sebab jika ada penumpang, tak tahu lah apa nasib mangsa.

Rata-rata warganet juga berkongsi pengalaman bahawa muatan lori yang melebihi kapasiti telah menyebabkan trauma dan kemalangan kepada orang tersayang mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Dapat dilihat bahawa besi yang menusuk cermin kereta itu juga sangat panjang kerana dari cermin depan, panjangnya hingga mencecah tempat duduk penumpang.

Seram betul bila jadi macam ni, nasib baik takde kemalangan jiwa yang berlaku. Harap Kementerian Pengangkutan akan ambil tindakan segera ke atas mana-mana lori yang terlebih muatan macam ni agar kejadian macam ni tak akan berulang lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.