Nasib berbeza dua beregu campuran negara di Jepun

FootballSports
17 Jul 2025 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei mara ke suku akhir selepas mengalahkan gandingan Indonesia dalam aksi pusingan kedua Terbuka Jepun di Tokyo pada Khamis. Foto Agensi.

image is not available
Su Yin (kiri) dan Pang Ron terpaksa akur tewas kepada pasangan China dalam aksi pusingan kedua Terbuka Jepun di Tokyo pada Rabu. Foto Agensi.

NASIB berbeza dua beregu campuran negara ketika Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 di Tokyo menjengah ke saingan suku akhir pada Jumaat.

Pasangan utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan perjuangan dalam kelompok lapan pemain terbaik kejohanan berstatus Super 750 itu.

Mereka yang berstatus ketiga dunia melepasi halangan pusingan kedua pada Khamis selepas menewaskan Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam aksi di Gimnasium Metropolitan itu.

Bagaimanapun Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras oleh pasangan dari Indonesia itu yang mengheret saingan sehingga ketiga set permainan sebelum menang 17-21 21-16 21-12 dalam masa 58 minit permainan.

**media[3205450]**

Menanti mereka dalam aksi suku akhir ialah pasangan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara yang mengejutkan pilihan ketujuh dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-11, 21-19.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang kalah di tangan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 9-21, 6-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved