Nasib Chegubard diketahui esok

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nasib Chegubard diketahui esok
Chegubard

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen Johor Bahru dijangka membuat keputusan pada Jumaat terhadap kes di bawah Akta Hasutan membabitkan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Chegubard menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan beliau bersedia menerima apa juga keputusan mahkamah, termasuk sekiranya dikenakan denda atau hukuman lain.

Beliau turut mengajak penyokong hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada jam 9 pagi, Jumaat bagi mengikuti keputusan kes tersebut.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan serta memberikan sokongan sepanjang prosiding mahkamah berlangsung.

"Apa pun keputusan saya sedia, namun yang lain hadapilah PRN dengan jayanya," katanya.

Mahkamah Rayuan pada Mac lalu, membenarkan rayuan aktivis politik, Chegubard, bagi mengembalikan semula perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pihak pendakwaan mendedahkan kenyataan seorang saksi kepadanya untuk digunakan dalam pembelaannya dalam kes hasutan.

Chegubard, kini berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan berkaitan projek kasino di Forest City, Johor.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa membuat penerbitan berunsur hasutan itu melalui akaun Facebook miliknya menggunakan nama “Che GuBard” di Mutiara Villa Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 6.30 petang, 26 April 2024.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tahun lepas, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Chegubard supaya kenyataan berkenaan didedahkan.

Bagaimanapun, pada Januari lepas, Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan yang difailkan oleh pihak pendakwaan. Badrul Hisham kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved