
Kota Kinabalu: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang merancang untuk menganjurkan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember untuk menggunakan pendekatan dialog dan bukannya himpunan jalanan, serta menghormati institusi Raja-Raja.
“Hormati keputusan Majlis Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong. Pelantikan mana-mana jawatan penting di negara ini, termasuk Yang di-Pertua Negeri, dibuat berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong. Keputusan ini harus dihormati sebagai simbol perpaduan dan kestabilan negara.
Advertisement(Merujuk kepada pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah bermula 1 Jan 2025. Musa menerima surat cara pelantikannya daripada Agong lebih awal.
Kumpulan pelajar tersebut memetik pelbagai tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sebelum ini terhadap Musa, walaupun semua itu telah digugurkan oleh kerajaan persekutuan Perikatan Nasional, serta pihak berkuasa Hong Kong yang mula-mula menyiasat kes ini dan memutuskan tiada kes untuk diteruskan).
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Segala tuduhan berkaitan kes rasuah perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan kehakiman untuk disiasat secara telus. Proses undang-undang memerlukan masa bagi memastikan setiap pihak mendapat keadilan.
“Kami menasihatkan pelajar agar tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan masa depan mereka. Pendidikan adalah keutamaan, dan ia perlu dijaga demi menjamin masa depan yang cerah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pelajar adalah aset negara, dan kami menyeru mereka untuk berhati-hati agar tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak berkepentingan politik. Fokus kepada pendidikan dan pembangunan diri adalah lebih penting daripada terlibat dalam agenda politik pihak tertentu,” katanya.
Sementara itu, Pemuda GRS juga menyeru pihak Lembaga Disiplin UMS untuk memberikan nasihat tegas kepada pelajar agar tidak terlibat dalam himpunan ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebagai institusi pendidikan, UMS perlu memastikan pelajar mereka fokus kepada akademik dan aktiviti membina, bukannya terlibat dalam aktiviti yang berisiko menjejaskan masa depan mereka.
“Kami menyokong penuh usaha menentang rasuah dan memperjuangkan integriti, namun ia perlu dilakukan melalui saluran betul dan berlandaskan undang-undang.
“Sementara kami menghormati hak kebebasan pelajar untuk menganjurkan perhimpunan, sebagai pihak yang prihatin terhadap isu-isu semasa dan aspirasi generasi muda, kami ingin memberikan beberapa penjelasan dan pandangan,” katanya.
“Kami percaya isu-isu penting, termasuk rasuah, boleh disuarakan melalui dialog dan perbincangan yang konstruktif bersama pihak berkaitan. Pendekatan ini lebih berkesan dan tidak menjejaskan ketenteraman awam.
“Mengadakan perhimpunan di jalanan bukan sahaja berisiko mencetuskan insiden yang boleh menjejaskan keselamatan peserta dan orang awam, tetapi juga akan mengganggu keselesaan masyarakat dan pelancong, terutamanya ketika musim cuti akhir tahun.
“Aktiviti seperti ini boleh menjejaskan imej negeri Sabah sebagai destinasi pelancongan yang aman dan harmoni,” katanya.
Pemuda GRS juga menyeru pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk mempertimbangkan pembatalan permit perhimpunan ini demi menjaga keselamatan, ketenteraman awam, dan keharmonian negeri Sabah.
Katanya, keutamaan harus diberikan kepada kesejahteraan masyarakat dan kelancaran aktiviti pelancongan yang menjadi nadi ekonomi Sabah.
Daily Express sebelum ini menghubungi seorang pegawai kanan UMS untuk komen tetapi beliau enggan mengulas lanjut, selain berkata perhimpunan itu diadakan di luar kampus dan dengan itu, ia di luar bidang kuasa institusi tersebut.
Dalam suatu perhimpunan pelajar sebelum ini berkaitan bekalan air, mereka disertai oleh pendatang tanpa izin.




