Nazim Othman kongsi video bertuala, ruangan komen dipenuhi wanita ‘gatal’

1 Apr 2024 • 9:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon kacak, Nazim Othman kongsi video bertuala di platform TikTok miliknya sehingga ‘diserbu’ dengan komen-komen dari para wanita yang kagum dengan bentuk tubuhnya.

Ramai terkagum tengok Nazim bertuala

Bukan itu sahaja, mereka juga tanpa segan silu meninggalkan komen ‘gatal’ walaupun ada di antara mereka mengaku sebagai isteri ataupun pasangan seseorang.

Nazim Othman kongsi video bertuala, banyak komen dari wanita gatal

Dalam video berdurasi 15 saat itu, Nazim dilihat berjalan hanya menggunakan tuala berwarna putih sebelum bersiap dan berseluar di hadapan cermin.

Dia yang tidak memakai baju memperlihatkan sixpack miliknya sambil mengeringkan badan menggunakan pengering rambut.

image is not available

Nazim Othman kongsi video bertuala, para wanita tiba2 jadi tak keruan

Pelbagai komen diterima kebanyakkan dari wanita telah memenuhi ruangan TikTok Nazim. Ada yang menahan sabar dan geram kerana video berkenaan lalu di akaun TikTok mereka beberapa minit lagi sebelum berbuka puasa.

Ada juga yang mengatakan iman mereka sedikit goyang melihat tubuh Nazim yang sasa walaupun sudah bergelar isteri orang.

image is not available

Takut laki nampak kalau komen

image is not available

Tak puasa pun boleh batal puasa tengok

image is not available

Teringat-ingat pulak dah

image is not available

Sekadar info, Nazim Othman pernah menyuarakan hasrat untuk berlakon dalam naskah berbentuk aksi sehingga sanggup mencantikkan badan.

Dia juga beberapa kali memuat naik momen sewaktu di gimnasium dan berolahraga demi ‘memancing’ mana-mana produser untuk mengambilnya berlakon dalam drama ataupun filem yang mempunyai babak lasak.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu telah memaklumkan mahu berhenti dalam bidang lakonan bila tiba waktunya tanpa memberitahu sebarang sebab.

Sumber: TikTok nazoth